fbpx

KFC China bakal hidang kaki ayam goreng, cuma bulu tidak boleh dimakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CEO Yum China menegaskan semua bahagian ayam yang boleh dimakan akan digunakan sepenuhnya kecuali bulu. - Unsplash

BEIJING – Pelanggan restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) mungkin akan mendapat bahagian kaki ayam dalam hidangan mereka akibat kenaikan harga bahan mentah, lapor laman berita Mothership baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Yum,  Joey Wat  berkata, kenaikan harga komoditi itu boleh  diserap menerusi penggunaan penuh bahagian ayam yang boleh dimakan kecuali bulunya.

Yum merupakan syarikat pemilik rangkaian KFC, Pizza Hut dan Taco Bell di China.

Rangkaian restoran itu melalui masa  sukar berikutan kekerapan perintah berkurung di China yang berpegang kepada prinsip sifar Covid-19 sehingga menyebabkan banyak perniagaan besar terjejas.

Jualan di lokasi Yum China  untuk  setahun merosot 16 peratus berbanding tempoh sama sebelumnya.

Bagaimanapun, permintaan untuk penghantaran meningkat kira-kira lapan peratus. 

Joey berkata, syarikatnya  melaksanakan pelbagai langkah untuk mengurangkan kos  termasuk membatalkan program pengiklanan dan pemasaran serta meminta tuan tanah memberikan pelepasan sewa.

Beliau bagaimanapun  berjanji untuk mengelak daripada memberhentikan 450,000 pekerja  bawah Yum China pada tahun ini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI