fbpx

‘Sumpah sedap sangat suara Nabila Razali’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NABILA RAZALI

SEBELUM ini, nama Nabila Razali sering dilabel sebagai penyanyi kurang berbakat.

Namun, daripada pemerhatian Diva, Nabila sangat berusaha keras untuk meletakkan dirinya sebaris dengan penyanyi lain.

Semakin terbukti apabila dia muncul dalam satu video tular baru-baru ini memaparkan sedang mendendangkan lagu Tak Ingin Usai nyanyian asal Keisya Levronka. 

Satu hal yang membuatkan ramai kagum ialah teknik nyanyiannya yang semakin pelbagai dan kemas.

Malah ada juga memuji Nabila mampu menyampaikan lagu tersebut lebih baik daripada penyanyi asal yang dikatakan sering terkucil dalam nyanyian.

“Sumpah sedap sangat. Dia berjaya menebus dirinya semula,” puji netizen.

“Suara dia sesuai dengan lagi begini, tak perlu menjerit atau tarik tinggi. Usaha yang bagus,” ujar seorang pengguna TikTok.

Bagi Diva, mungkin Nabila perlu lebih bijak memilih genre muzik yang sesuai dengan suaranya.

Tak perlu menjerit atau tarik vokal tinggi sebab itu bukan tiket untuk bergelar penyanyi hebat pun.

DIVA: Seriau tengok lihat tarikh tayangan filem Abang Long Fadil 2 sama dengan Juang. Harap kutipan tak terjejas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI