fbpx

Pokjak RM33,000 jadi tarikan MAHA 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Puteh dan Pokjak mendapat perhatian ramai di MAHA 2022 di MAEPS Serdang semalam.

SERDANG – Mesra dan manja, dua ekor lembu sado jenis hibrid menarik perhatian pengunjung yang tiba di Laman Ternakan, salah satu tarikan utama yang terdapat di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022.

Rata-rata orang ramai termasuk kanak-kanak tidak melepaskan peluang untuk melihat haiwan berkenaan dengan lebih dekat apabila menjejakkan kaki di pintu masuk laman tersebut.

Pengusaha ternakan Army Fidlot, Mohd. Amirul Amin Ismail berkata, kedua-dua lembu yang diberi nama Puteh dan Pokjak masing-masing berusia empat dan tiga tahun itu sentiasa menjadi tumpuan pada tiga hari pertama pameran berlangsung.

Menurutnya, Puteh merupakan lembu hibrid daripada baka Charolais, manakala Pokjak daripada baka Limousin yang mempunyai berat lebih 900 kilogram.

Katanya, berdasarkan berat dan saiz, Puteh dan Pokjak ma­sing-masing dianggarkan bernilai sekitar RM25,000 sementara Pokjak pula sekitar RM33,000.

“Berat badan Puteh sebelum ini pernah mencecah sehingga satu tan, namun kita terpaksa kurangkan berat badan kedua-dua lembu untuk mengelakkan daripada terkena penyakit termasuk menyebabkan ia susah untuk bergerak.

“Soal penjagaan, Puteh dan Pokjak memang sangat manja, tidak garang dan mudah didekati. Dia suka dibelai membuatkan kanak-kanak suka dan tertarik untuk lihat dengan lebih dekat,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Dalam pada itu, Mohd. Amirul turut menyifatkan memelihara lembu hibrid sebagai satu pengalaman yang seronok di sam­ping puas melihat hasil ternakannya itu meskipun memerlukan kos yang tinggi.

Tambahnya, penternakan yang diusahakan bersama keluarganya di Pasir Hor, Kota Bharu itu kini mempunyai sebanyak 20 ekor induk lembu hibrid dari kedua-dua jenis baka berkenaan.

“Baka Charolais ini diper­kenalkan oleh Jabatan Veterinar kepada para penternak lembu sebelum ini menyebabkan dia tertarik membelanya,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI