fbpx

Motosikal rempuh anak lembu, wanita maut lepas 3 hari bertarung nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Fazleeen dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Uban, Pasir Mas hari ini. FOTO IHSAN KELUARGA

GUA MUSANG – Seorang wanita meninggal dunia hari ini selepas lebih tiga hari bertarung nyawa apabila motosikal yang dia naiki bersama suami dan dua anak-anaknya merempuh seekor anak lembu yang berkeliaran di jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 3, di sini Rabu lalu.

Mangsa, Fazleeen Mohd. Yusoff, 31, menghembus nafasnya Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian pada pukul 1.10 pagi tadi selepas mengalami kecederaan parah pada kepala.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, mangsa bersama ahli keluarganya terlibat dalam kemalangan apabila motosikal jenis Honda RS150R yang mereka naiki merempuh seekor anak lembu kira-kira pukul 5 petang pada Rabu lalu.

Katanya, mangsa bersama suami, Nik Amdan Mohd. Ali, 28, termasuk dua anak mereka, Nik Nur Irdina Sofia, 7, dan Nik Nur Irdina Arisha, 4, dipercayai sedang dalam perjalanan menghantar tempahan kuih kepada pelanggan di RKT Paloh 3.

“Setibanya di lokasi kejadian, seekor anak lembu tiba-tiba melintas jalan telah melanggar hadapan motosikal yang ditunggang suaminya.

“Kemalangan itu menyebabkan mangsa cedera dan dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP), Kuala Krai sebelum dipindahkan ke HUSM,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Choon Foo berkata, mangsa disahkan meninggal dunia kerana mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala oleh Pegawai Perubatan Sarjana Jabatan Perubatan Kecemasan HUSM kira-kira pukul 1.10 pagi tadi.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, kakak ipar mangsa, Nik Arnida, 41, berkata, jenazah adik iparnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Uban, Pasir Mas pada pukul 11 pagi tadi.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan, empat beranak nyaris maut selepas motosikal yang mereka naiki merempuh seekor anak lembu yang berkeliaran di jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran RKT Kesedar Paloh 3, di sini.

Nik Arnida berkata, keluarga itu keluar dari rumah mereka di RKT Paloh 1 kira-kira pukul 5.15 petang untuk menghantar kuih kepada pelanggan sebelum merempuh seekor anak lembu.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, seekor anak lembu yang berkeliaran tiba-tiba melompat ke arah jalan sebelum motosikal ditunggang Nik Amdan merempuh haiwan tersebut.

“Sudah ada tangkapan lembu berkeliaran dijalankan di kawasan tersebut sebelum ini, namun masalah itu masih berterusan sekali gus mengancam nyawa penguna jalan raya,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI