fbpx

Lelaki beri makan harimau ikut tingkap van dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki itu menawarkan sekeping daging kepada harimau liar menerusi tingkap van yang terbuka. - Twitter

NEW DELHI – Seorang lelaki menjadi tular selepas rakaman video menunjukkan dia memberi makan seekor harimau menerusi tingkap sebuah van dimuat naik di laman Twitter, lapor akhbar India Today  semalam.

Klip video yang mencatatkan sejuta tontonan itu mengundang pelbagai reaksi netizen dengan sebilangan mereka menyokong, manakala sebahagian lagi menentang perbuatan tersebut.

Sesetengah netizen bagaimanapun memuji hubungan mesra lelaki itu dengan binatang buas  tersebut. Mereka berkata, harimau juga boleh bersifat jinak.

Namun, ramai yang menentang dan mengatakan bahawa perbuatan tersebut sangat berbahaya kerana  lelaki itu boleh mati akibat diserang sekiranya harimau itu mengamuk secara tiba-tiba.

“Perkara yang sangat tidak selamat dan tidak bertanggungjawab untuk dilakukan.

“Di rizab hidupan liar di Banglaore,  pernah berlaku di mana seorang anak kecil telah diseret keluar dari tingkap van seperti itu dan mangsa gagal diselamatkan kerana serangan berlaku sangat pantas,” kata seorang pengguna media sosial. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI