fbpx

AUG: Bola keranjang sumbang pingat terakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN Malaysia, Wee Yong Gan (kanan) cuba melepasi kawalan Thongpool Noppachai (Thailand) pada aksi final di Gimnasium Kampus Universiti Ubon Ratchathani Rajabhat kelmarin.

UBON RATCHATHANI – Kem bola keranjang negara menjadi kontinjen terakhir berjaya menyumbang pingat kepada Malaysia pada Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022 yang melabuhkan tirainya kelmarin.

Walaupun tidak memenangi pingat emas tetapi dua perak daripada pasukan lelaki dan wanita tetap membanggakan kerana telah mengatasi pencapaian meraih tempat ketiga edisi 2018 di Nay Pyi Daw, Myannar. 

Pengurus pasukan bola keranjang AUG, Li Tak Wing berkata, pencapaian dipamerkan pada edisi ke-20 kali ini memperlihatkan peningkatan prestasi yang ketara daripada barisan pemain. 

 “Pasukan negara berpeluang cerah meraih pingat emas pada edisi akan datang (AUG 2024 di Surabaya, Indonesia). barisan kejurulatihan akan memperbaiki kelemahan dan meningkatkan lagi kebolehan pemain.

“Perkara positif adalah pasukan bola keranjang lelaki dan wanita berjaya memperbaiki keputusan ketika edisi terdahulu. Situasi inu cukup penting supaya kita mampu meraih emas kelak,” katanya.

Aksi final di Gimnasium Kampus Utama Universiti Ubon Ratchathani Rajabhat kelmarin menyaksikan skuad bola keranjang lelaki terpaksa akur dengan kehebatan Thailand menerusi keputusan 44-59.

Nasib sama turut melanda pasukan wanita apabila mereka yang dilihat pada awalnya mampu memberi tentangan sengit, namun terpaksa tunduk kepada kehebatan tuan rumah dengan keputusan 57-80. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI