fbpx
Gambar yang dikongsi Nurul Izzah di Facebooknya tengah malam tadi.

Nurul Izzah kembali bergelar isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, selamat melangsungkan perkahwinan dengan seorang penyelidik Khazanah Research Institute, Yin Shao Loong, semalam.

Perkahwinan itu diumumkan oleh pasangan pengantin baharu terbabit menerusi kenyataan akhbar anak perempuan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu yang dikongsi dalam akaun Facebook Nurul Izzah Anwar, tengah malam tadi.

“Pada petang 5 Ogos 2022, berwalikan ayahanda pengantin perempuan, kami telah selamat diijabkabulkan di samping keluarga terdekat.

“Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir.” (QS. Ar-Rum: 21)

“Kami memohon doa kalian semua – agar kita sentiasa di bawah perlindungan Allah SWT,” tulisnya.

Nurul Izzah yang juga anak sulung kepada Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, sebelum ini merupakan ibu tunggal selama tujuh tahun selepas perkahwinannya dengan Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim berakhir pada 2015. – KOSMO! ONLINE.

POPULAR