fbpx

Dominic Calvert-Lewin bakal menyinar pada Liga Fantasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CALVERT-LEWIN yang sering mengalami kecederaan diharap akan mampu tajam apabila pulih untuk membantu Everton yang bergelut dengabn prestasi sejak musim lepas. - AFP

MELIHAT secara menyeluruh barisan tengah yang ada pada Everton, kesemua pemain memiliki peluang sama rata dan ma­sing-masing cuba menjadi pilihan utama Frank Lampard.

Persaingan dalam skuad Everton mungkin akan menjurus kepada jentera tengah dengan Dominic Calvert-Lewin akan memainkan peranan penting selaku penyerang utama selepas penghijrahan Richarlison ke Tottenham Hotspur.

Selepas mengumpul 45 gol dan 11 bantuan jaringan pada Liga Perdana Inggeris (EPL), ke­tiadaan Richarlison pastinya menjadi peluang keemasan buat bintang antarabangsa England itu menambah gol memandangkan namanya juga sedang diangkat sebagai individu pertama untuk mengambil sepakan penalti.

Selain penjaga gol, Jordan Pickford yang muncul sebagai pemain terbaik Everton setakat ini, kelibat pemain muda dari Scotland, Nathan Patterson pas­tinya akan memperkuatkan lagi barisan belakang pasukan.

Kematangan pemain berusia 20 tahun ini membuka ­ruang buatnya menembusi kese­belasan utama khususnya untuk mengisi kekosongan Seamus Coleman yang dijangka terlepas aksi ­pertama menentang Chelsea ekoran masih dihimpit kecederaan.

Pembaca Kosmo! yang berminat menyertai Liga Fantasi Kosmo! 2022/2023 boleh mendaftar dengan klik pada pautan ini – https://www.kosmo.com.my/liga-fantasi/

GELARAN: The Toffees

PENGURUS:
Frank Lampard

PENJAGA GOL
Jordan Pickford £4.5, Asmir Begović £4.0

PERTAHANAN
Michael Keane £4.5, James Tarkowski £4.5, Seamus Coleman £4.5, Mason Holgate £4.5, Ben Godfrey £4.5, Vitalii Mykolenko £4.5, Yerry Mina £4.5, Nathan Patterson £4.0, Niels Nkounkou £4.0, Ruben Vinagre £4.5

TENGAH
Demarai Gray £5.5, Anthony Gordon £5.5, Abdoulaye Doucouré £5.5, Dwight McNeil £5.5, Alex Iwobi £5.5, Andros Townsend £5.5, Allan Marques £5.0, Dele Alli £5.5, André Gomes £4.5, Tom Davies £5.0, Jean-Philippe Gbamin £4.5,

PENYERANG
Dominic Calvert-Lewin £8.0, Salomón Rondón £5.0

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI