fbpx
Graduan dinasihatkan membuat semakan latar belakang institusi swasta sebelum menyambung pengajian. – gambar hiasan

Ukur baju di badan sendiri, usah tertipu tawaran swasta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) diingatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan tawaran menarik sesetengah pihak swasta untuk menyambung pe­ngajian di peringkat diploma atau ijazah.

Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, pelajar perlu membuat penyelidikan latar belakang dengan pihaknya agar tidak kerugian dari segi masa, tenaga dan wang ringgit.

SETIAP pelajar pastinya mengimpikan peluang belajar di institut pengajian tinggi bagi mengapai cita-cita yang diidamkan. – Gambar hiasan

“Semakan amat penting bagi mengelakkan pelajar membazir masa dan wang, Rata-ratanya berhabis melebihi RM15,000 sehingga masa hingga empat tahun.

“Ukur baju di badan sendiri dan jangan terjebak kepada muslihat sesetengah institusi yang mencari keuntungan semata-mata,” katanya.

Menurut Shatar, ada pelajar yang mudah terpedaya kerana ditawarkan kursus yang menarik sedangkan dia tiada sebarang A dalam SPM atau STPM.

Tambahnya, semakan boleh dilakukan di www.mqa.gov.my atau aplikasi MyMQR yang menyenaraikan kursus dan institusi berkelayakan dan diiktiraf untuk belajar di dalam dan luar negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN