fbpx

Saingan EPL kembali membuka tirai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA pemain yang dijangka mampu menyumbang mata lebih untuk pasukan masing-masing.

KEHANGATAN Liga Fantasi Kosmo! menerusi Fantasy Premier League (FPL) kini bermula sekali gus saingan musim 2022/2023 bakal menyajikan pertembungan sengit terutama membabitkan juara-juara terdahulu.

Sudah pasti kehadiran pemain serta pengurus baharu di aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) memastikan perlawanan musim ini bertambah menarik terutama penampilan Erik Ten Hag yang akan memulakan era baharu bersama Manchester United.

Semua pengurus FPL sudah tentunya sedang sibuk merancang dan mengenalpasti pemain-pemain yang patut dimiliki dalam pasukan mereka sendiri untuk meraih lebih banyak mata terutama pada aksi pertama yang bermula awal pagi esok.

Kosmo! kali ini berkongsi tips bagi senarai pemain yang boleh dipertimbangkan oleh setiap pengurus FPL untuk menghadapi perlawanan minggu pertama yang akan bermula awal pagi esok.

FORMASI: 4-4-2
Nilai: £100.00

PENJAGA GOL
EDERSON MORAES

BAKAL menjadi pilihan utama Pep Guardiola untuk diturunkan pada pertemuan pembuka tirai menentang West Ham United. Ederson menjadi pilihan kebanyakan pengurus FPL selepas kira-kira 17 peratus sudah memilih penjaga gol dari Brazil tersebut.

PERTAHANAN
TRENT ALENXANDER-ARNOLD

BINTANG pertahanan Liverpool ini menamatkan aksi musim lalu sebagai pemain pertahanan dengan jumlah mata tertinggi. Pemain berusia 23 tahun itu telah menjaringkan dua gol dan 12 bantuan gol sekali gus mengumpul 208 mata keseluruhan sekali gus menjadi pemain di posisi berkenaan yang paling mahal musim ini.

TENGAH
BRUNO FERNANDES

BINTANG Portugal ini menjadi pemain paling bernilai pada saingan 2019/20, namun prestasi Bruno sedikit menurun musim ini apabila hanya menjaringkan 10 gol.

Kehadiran Erik Ten Hag di Old Trafford dilihat mampu memanfaatkan kelebihan yang ada pada Bruno meskipun ketika ini United masih dibayangi Cristiano Ronaldo.

PENYERANG
GABRIEL JESUS

KEHADIRANNYA bersama Arsenal mencetuskan impak luar biasa dalam saingan FPL musim ini apabila menjadi pemain paling bernilai musim ini sejurus berada ranking pertama pilihan pengurus pasukan FPL dengan 71.5 peratus pemilihan.

KAPTEN
MOHAMED SALAH

SALAH semestinya menjadi pilihan pertama setiap pengurus pasukan FPL musim ini berikutan prestasi cemerlang musim lalu apabila meledak 23 gol. Dia dianggap pembelian berbaloi sepanjang musim ini dan pilihan tepat diangkat sebagai kapten pada minggu pertama.

 

JADUAL PERLAWANAN

SABTU

C. PALACE lwn ARSENAL
Siaran langsung Astro 813, 3 pagi

FULHAM lwn LIVERPOOL
Siaran langsung Astro 805, 7.30 malam

BOURNEMOUTH lwn A. VILLA
Stadium Vitality, 10 malam

LEEDS lwn WOLVES
Siaran langsung Astro 812, 10 malam

NEWCASTLE lwn N. FOREST
Siaran langsung Astro 811, 10 malam

SPURS lwn SOUTHAMPTON
Stadium Tottenham Hotspur, 10 malam

AHAD

EVERTON lwn CHELSEA
Siaran langsung Astro 811, 12:30 tgh mlm

LEICESTER lwn BRENTFORD
Siaran langsung Astro 811, 9 malam

MAN. UNITED lwn BRIGHTON
Siaran langsung Astro 813, 9 malam

WEST HAM lwn MAN. CITY
Siaran langsung Astro 813, 11.30 malam

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI