fbpx

Rider mahu Grab Malaysia nilai semula bayaran tambang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Firdaus (tengah) ketika sidang akhbar di hadapan Ibu Pejabat Grab Malaysia, di sini hari ini.

PETALING JAYA – Lebih 40 penghantar makanan (p-hailing) mengadakan mogok menuntut pihak pengurusan Grab Malaysia untuk menilai dan menambah semula kadar bayaran tambang mengikut jarak pengambilan dan penghantaran.

Wakil kumpulan penghantaran makanan, Firdaus Abdul Hamid berkata, kesemua penghantar makanan meminta agar pihak berkenaan mengekalkan kadar bayaran tambang yang sama seperti kadar bayaran asas untuk pesanan berganda.

“Mansuhkan sistem berjadual dan bonus serta mengekalkan mata ‘diamond’ diikuti dengan membenarkan pihak penunggang membatalkan pesanan tanpa mengganggu (ID) dan peratus pembatalan.

“Kami juga menuntut sistem bayaran tunai dihapuskan kerana ramai pemandu ditipu dengan menggunakan sistem ini,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan mogok bersama lebih 40 pemandu p-hailing hari ini.

Terdahulu, kumpulan itu berkonvoi bagi penyerahan memorandum dan nota tuntutan kepada pihak pengurusan Grab Malaysia di pekarangan ibu pejabat Grab Malaysia, di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan syarikat penyedia perkhidmatan penghantar makanan didakwa tidak mengurangkan upah untuk perkhidmatan penghantaran sebaliknya isu yang tercetus merupakan kes terpencil membabitkan rakan penghantaran mereka.

Perkara ini memyebabkan rakan kongsi penghantaran tidak berpuas hati dengan kadar rata semasa yang dibayar bagi setiap penghantaran, sehingga mencetuskan perancangan gerakan boikot selama sehari hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI