fbpx

Premis sorok minyak masak bersubsidi diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KPDNHEP merampas 120 kg minyak masak bersubsidi yang didakwa disorok peniaga dalam daerah Kubang Pasu pada semalam.

JITRA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kubang Pasu menyerbu sebuah premis perniagaan di sini semalam kerana disyaki menyorok dan menjual minyak masak bersubsidi dengan pembelian bersyarat.

Dalam serbuan pada pukul 4.15 petang itu, KPDNHEP merampas sebanyak 120 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi di dalam polibeg satu kilogram bernilai RM300.

Menurut Pengarah KPDNHEP Kedah, Affendi Rajini Kanth, premis itu disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu menyorok barang kawalan bersubsidi minyak masak polibeg satu kg.

“Kes ini disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan sekiranya disabitkan dengan kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Bagi kesalahan kedua, didenda tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, bagi pertubuhan perbadanan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM2 juta dan bagi kesalahan kedua didenda tidak melebihi RM5 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI