fbpx

‘Jangan pandang rendah dengan pasukan negeri kami’ – Penyokong Penang FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada 400 penyokong Penang FC yang berkumpul di hentian Rawat dan Rehat (R&R) Juru di sini sebelum berlepas ke Johor malam tadi.

SEBERANG PERAI – Kira-kira 400 penyokong Penang FC berpakat turun ke Stadium Sultan Ibrahim di Johor malam ini bagi menyaksikan pasukan kesayangan mereka membuat perhitungan dalam aksi separuh akhir Piala FA menentang skuad pilihan, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Rombongan hasil inisiatif syarikat bas persiaran, TRA Holidays Sdn. Bhd. dan TRA Xpress itu secara keseluruhannya melibatkan sembilan buah bas termasuk tiga bas tambahan.

Meskipun Penang FC kini menghuni tangga tercorot saingan Liga Super, rata-rata penyokong yang ditemui menyimpan harapan ‘besar’ untuk menyaksikan skuad Harimau Kumbang melakar kejutan sekali gus mara ke final kejohanan tersebut.

Bagi Ahmad Marican Mohamed Aminsa Marican, 60, semangat yang tinggi untuk mengulangi kejayaan mara ke final pada tahun 2002 kini ‘membara’ dalam jiwa skuad kendalian Datuk Zainal Abidin Hassan itu.

“Saya lihat semangat ini dah ada masa lawan Sri Pahang tempoh hari (suku akhir Piala FA) apabila kita menang 5-2 di tempat lawan.

“Jadi, saya harap, lawan JDT pun Penang FC kena buktikan ‘sesuatulah’. Jangan pandang rendah pada kami (Penang FC),” katanya, malam tadi.

Seorang lagi penyokong, Mohamad Nor Azrul Nordin, 25, berkata, dia teruja untuk menyaksikan aksi kalah mati itu walaupun berdebar dengan prestasi terumbang-ambing yang dipamerkan oleh skuad Harimau Kumbang.

“Saya percaya kepada keajaiban. Apa yang penting ialah Penang FC perlu memanfaatkan sepenuhnya perlawanan ini (menentang JDT),” katanya.

Pandangan yang sama turut disuarakan oleh dua lagi penyokong setia Penang FC iaitu Emie Suhaily Ab. Hamid, 38, dan Jamni Sulaiman, 55.

Menurut mereka, Penang FC perlu membuktikan bahawa Piala FA adalah pentas saingan yang berbeza walaupun terpaksa menentang skuad Harimau Selatan di gelanggang ‘keramat’ mereka.

Ini kali pertama Piala FA dianjurkan semula selepas dua tahun terhenti akibat pandemik Covid-19. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI