fbpx
Kertas papan tanda yang memaklumkan bayaran tambahan sekiranya pelanggan bersikap menjengkelkan di sebuah pejabat pos di England. - Reddit

Denda RM54 jika ‘kurang ajar’ di pejabat pos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Sebuah pejabat pos di England menjadi tular apabila memberi amaran akan mendenda pelanggan yang berperangai biadap, lapor akhbar Metro UK, semalam.

Menerusi perkongsian di laman Reddit, papan tanda diletakkan di pejabat pos terbabit yang berbunyi ‘Jika anda menjengkelkan,menyakitkan hati atau kurang ajar, bayaran £10 (RM54) akan ditambah untuk melayan kerenah tersebut’.

Pengguna Reddit melabelkan perkara tersebut sebagai satu gurauan biasa dalam kalangan penduduk Britain.

Jurucakap Pejabat Pos berkata, pihaknya telah berbincang mengenai perkara tersebut dengan pengurusan pejabat pos berkenaan.

“’Kami telah bercakap dengan pihak pengurusan yang memberitahu mereka meletakkan papan tanda itu sebagai gurauan dengan pelanggan.

“Pasangan yang menjalankan perkhidmatan cawangan ini sangat mementingkan komuniti dan popular dalam kalangan penduduk disebabkan jenaka mereka,” kata jurucakap tersebut. – Agensi

POPULAR