fbpx

Pengedar dadah dicekup di tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Zaki (dua dari kanan) menunjukkan dadah jenis syabu yang dirampas bersama seorang lelaki di Jalan Wakaf Che Yeh, Mukim Padang Enggang dekat Kota Bharu kelmarin. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

KOTA BHARU – Seorang pengedar dicekup bersama sejumlah dadah bernilai RM180,270 dalam serbuan di Jalan Wakaf Che Yeh, Mukim Padang Enggang di sini kelmarin.

Suspek berusia 57 tahun diberkas selepas polis menerima maklumat mengenai kegiatan yang dilakukan olehnya di kawasan tersebut.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, sebelum itu, pihaknya menahan seorang penganggur berusia 40 tahun pada pukul 9 malam, Isnin lalu di Kampung Tasek Berangan, Repek, Pasir Mas.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh, polis menjalankan serbuan dan menahan pegedar dadah tersebt.

“Pemeriksaan di dalam poket seluar suspek menemui pil kuda, satu paket plastik berisi ketulan kristal disyaki syabu dan pil psikotropik.

“Pemeriksaan ke atas kereta Proton Preve dipercayai milik suspek menemui ketulan kristal disyaki syabu seberat lima kilogram di tempat duduk penumpang hadapan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.

Menurut Muhamad Zaki, pihaknya merampas wang tunai RM5,360 dipercayai hasil kegiatan mengedar dadah, kereta jenis Honda Civic dan motosikal jenis SYM.

Kesemua dadah yang dirampas boleh digunakan seramai 50,027 penagih sekirany terlepas ke pasaran.

“Ujian air kencing mendapati mereka positif methamphetamine. Suspek ditahan masing-masing mempunyai lapan dan tujuh rekod jenayah serta dadah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI