fbpx

Park Eun-bin mula minta bayaran tinggi?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARK EUN-BIN

MESKIPUN sudah menceburi bidang lakonan sejak usia kanak-kanak, namun nama Park Eun-bin sebelum ini hanyalah suam-suam kuku. Dia ada tetapi tidak begitu dihiraukan.

Sejak terlibat dengan drama fenomena, Extraordinary Attorney Woo yang hangat diperkatakan peminat K-drama, barulah nama Eun-bin meniti di bibir ramai.

Impak penerimaan global naskhah berkenaan, pelakon berusia 30 tahun itu menerima puluhan tawaran untuk puluhan projek akan datang.

Satu fakta menarik, Eun-nin dikatakan hanya menerima bayaran 100 juta Won (RM341,484) ke atas untuk mana-mana naskhah, gara-gara banyak syatrikat produksi sedang berebut untuk menawarkannya posisi watak utama.

Tidak setakat drama, sumber daripada agensi naungannya berkata, Eun-bin dilaporkan menerima bayaran iklan sebanyak 400 juta (RM1.3 juta) hingga 500 juta won (RM1.7 juta) untuk kontrak setahun.

Tidak mustahil jumlah tersebut akan meningkat pada masa akan datang.

Untuk rekod, Eun-bin mula berlakon pada usia enam tahun menerusi drama perdananya, White Nights 3.93.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI