fbpx

Diogo Jota pakej bintang berkualiti – Jurgen Klopp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOTA merupakan penyerang yang mampu beraksi di bahagian sayap dan sentiasa mempamerkan peningkatan sejak berhijrah ke Liverpool. – AFP

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menyifatkan keputusan kelab itu melanjutkan kontrak Diogo Jota bakal melonjakkan lagi mutu permainan The Reds pada musim baharu nanti.

Sambil menghamburkan pujian terhadap kualiti yang ada pada bintang dari Portugal itu, Klopp juga merasakan langkah Liverpool itu sebagai sesuatu yang bijak kerana mampu menghadirkan lebih banyak pilihan buatnya untuk membariskan skuad terbaik.

“Saya boleh katakan yang ini adalah berita hebat. Kualitinya tidak boleh dipertikaikan, dia juga mampu untuk menja­ringkan gol, malah sentiasa bekerja keras untuk pasukan.

“Jota mampu bermain di setiap peranan serangan, miliki sikap yang baik, sekali gus melengkapkan pakej sebagai pemain berkualiti. Sebagai penyerang yang mampu beraksi di bahagian sayap, dia pasti­nya berikan saya lebih banyak pilihan dan dia sentiasa pamerkan pe­ningkatan.

“Seperti saya katakan sebelum ini, Diogo adalah seorang pemain yang menjadi harapan dan ia akan diteruskan lagi selepas ini,” katanya.

Menerusi perjanjian baharu ini, Jota akan kekal di Anfield sehingga 2027 dan berita ini pasti­nya menambahkan lagi kekuatan serangan The Reds selepas kelab berjaya melanjutkan kontrak Mohamed Salah dan mendapatkan khidmat Darwin Nunez.

Sejak menyertai Liverpool 2020, hanya Salah dan Sadio Mane yang berjaya menjaringkan lebih banyak gol, kedua-dua­nya meledak 60 dan 39 gol, manakala Jota merekodkan 34 jaringan.

“Saya memainkan pe­ranan berbeza dan ia pasti akan membantu saya menjadi pemain lebih baik. Apa pun kami perlu terus pamerkan pening­katan kerana saya merasakan prestasi saya belum lagi mencapai tahap terbaik,” kata Jota. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI