fbpx

Sanusi tegaskan tiada kolam projek musang king pecah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi melakukan gimik perasmian pada Majlis Pecah Tanah Perumahan Bantuan Mangsa Bencana Baling di Keda Kampung Sadek, Kupang hari ini./ FOTO SHAHIR NOORDIN

BALING – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor sekali lagi menegaskan bahawa kejadian kepala air atau aliran puing yang berlaku di kawasan Lata Celak dan Kampung Iboi, Kupang di sini pada 4 Julai lalu bukan berpunca daripada projek tanaman musang king di Gunung Inas.

Malah beliau turut menafikan terdapat kolam takungan di ladang musang king itu yang pecah sehingga mengakibatkan bencana tersebut.

“Kalau ikut pakar-pakar yang kemukakan laporan kepada agensi diketuai Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), tidak ada sebab dari musang king.

“Kolam musang king tidak pecah, jadi itu usikan daripada netizen untuk mengusik orang ramai dengan fakta tidak benar,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Perumahan Bantuan Mangsa Bencana Baling di Keda Kampung Sadek di sini hari ini.

Sebanyak 12 rumah akan dibina sebagai ganti rumah penduduk yang musnah sepenuhnya dengan anggaran kos antara RM70,000 hingga RM75,000 sebuah dan dijangka siap dalam tempoh enam bulan.

Dalam kejadian aliran puing di Kampung Iboi di sini pada 4 Julai lalu, tiga sekeluarga maut manakala lebih 1,000 rumah terjejas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI