fbpx

Nahas helikopter tentera Pakistan, semua mangsa disah terkorban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Enam orang terbunuh dalam nahas helikopter tentera Pakistan. -ISPR / Twitter

ISLAMABAD – Sebuah helikopter tentera Pakistan yang membawa seorang komander kanan dan lima yang lain terhempas di atas gunung semasa menjalankan operasi bantuan banjir dengan semua mangsa dilaporkan terkorban, lapor saluran berita NBC News semalam. 

Helikopter tentera yang membantu kerja-kerja bantuan banjir di wilayah Balochistan itu terputus hubungan dengan menara kawalan trafik udara pada Isnin lalu.

“Kemalangan itu berlaku kerana cuaca buruk,” kata tentera dalam satu kenyataan.

Serpihan helikopter ditemui di sebuah gunung di daerah Lasbela, kata pegawai kanan polis wilayah, Pervez Umrani.

Komander yang berpangkalan di pangkalan selatan, Leftenan Jeneral Sarfraz Ali ialah antara yang terbunuh, kata tentera.

Pakistan Selatan dilanda banjir selepas hujan monsun yang luar biasa lebat. Berpuluh-puluh orang dilaporkan terbunuh dan beratus-ratus rumah dihanyutkan air banjir. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI