fbpx

Komplot seleweng diesel dibongkar, 3 ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rampasan lori dan skid tank di Bestari Jaya dan Kuala Selangor baru-baru ini.

SHAH ALAM – Komplot penyelewengan diesel subsidi syarikat pelombongan dan stesen minyak terbongkar dengan merampas lebih 30,000 liter bahan api tersebut dalam tiga serbuan berasingan di Bestari Jaya dan Kuala Selangor dekat sini baru-baru ini.

Serbuan selama dua hari bermula 28 Julai lalu itu turut menahan tiga suspek termasuk warga Indonesia berusia lingkungan 25 hingga 35 tahun menerusi operasi bersepadu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP, Azman Adam berkata, hasil serbuan dan pemeriksaan mendapati wujud elemen urus niaga jual beli minyak diesel antara stesen minyak dan pemandu lori-lori pasir tersebut.

Katanya, minyak diesel yang dibeli oleh lori-lori pasir tersebut dibawa dan disimpan di dalam skid tank yang ditemui berada di kawasan lombong pasir di Jalan Rawang, Bestari Jaya.

“Semasa serbuan pertama di kawasan lombong pasir, kita berjaya menahan dua pemandu lori termasuk seorang warga Indonesia yang masing-masing dipercayai melakukan pengisian minyak diesel ke dalam skid tank lori masing-masing.

“Turut ditahan adalah penyelia atau penjaga kawasan lombong pasir tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, jumlah diesel yang disita di kawasan perlombongan tersebut kira-kira 20,400 liter selain menyita dua buah lori jenis treler, tiga unit skid tank dan resit pembelian minyak diesel menjadikan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM162,500.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 20 (1), Subseksyen 7 (4), Seksyen 21 serta Peraturan 12 A mengikut Akta Kawalan Barangan 1961. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI