fbpx

Covid-19: 4,204 kes direkodkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Angka jangkitan Covid-19 di negara ini mencatatkan sebanyak 4,204 kes semalam termasuk tiga kes import sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,649,535 kes setakat ini.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sejumlah 4,582 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 seramai 4,607,207 orang.

Kata laman web itu, sebanyak 44,278 kes aktif Covid-19 dilaporkan dengan merekodkan sejumlah negatif 386 kes semalam.

“Selangor mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,526 diikuti Kuala Lumpur (1,080), Sabah (272), Perak (237), Pulau Pinang (172), Kedah (168), Negeri Sembilan (167) dan Sarawak (112).

“Turut menyumbang kepada jumlah kes harian itu ialah Putrajaya (106), Kelantan (90), Johor (82), Melaka (80), Pahang (53), Terengganu (37), Perlis (12) dan Labuan (10),“ kata maklumat itu tadi.

Dalam perkembangan sama, sebanyak 10 kematian dilaporkan dengan dua kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 35,985.

Jumlah kematian BID pula sebanyak 7,646 setakat ini.

Sebanyak 42, 661 kes dikuarantin di rumah, 24 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,537 kes di hospital, 20 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 36 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI