fbpx

Jenazah Fajim Juffa selamat dikebumikan di Semenyih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Fajim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tasik Kesuma di sini sebentar tadi. - FOTO/FAUZI BAHARUDIN

SEMENYIH – Jenazah jurulatih penerbangan yang maut dalam insiden pesawat terhempas di Ipoh, Perak semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tasik Kesuma, Beranang di sini hari ini.

Mangsa, Fajim Juffa Mustafa Kamal, 52, yang dilaporkan meninggal dunia ketika kejadian dikebumikan di sini kira kira pukul 6.45 petang tadi.

Suasana hiba menyelubungi pekarangan tanah perkuburan apabila kira-kira 500 ahli keluarga dan rakan-rakan termasuk ahli anggota daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi memberikan penghormatan terakhir kepada mangsa.

Terdahulu, waris arwah iaitu ibu dan adik-beradiknya turut diberi peluang menatap wajah jenazah di rumah kakaknya di sini sebelum disolatkan di Surau Alkauthar, Beranang.

Jenazah tersebut tiba di pekarangan surau kira-kira pukul 6 petang dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dengan menaiki kenderaan khas TUDM.

Semalam, Kosmo! melaporkan kejadian sekitar pukul 8 malam itu, jurulatih penerbangan, Fajim Juffa, maut manakala rakannya, Muhammad Din Fikri Zainal Abidin, 62, parah.

Difahamkan, pesawat PIPER 28 yang terhempas itu berlepas dari Bats Aviation Sdn. Bhd. (BATS). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI