fbpx

Samseng pecah cermin kereta, ugut wanita dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan suspek bertindak memecahkan cermin pada bahagian tempat duduk pemandu sebuah kereta yang dipandu seorang wanita di kawasan simpang empat Limbat, Kota Bharu, Khamis lalu.

KOTA BHARU – Suspek yang dipercayai memecahkan cermin kereta dan mengugut seorang wanita dalam kejadian di simpang empat Limbat di sini pada Khamis lalu ditahan semalam.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, suspek yang berusia 45 tahun dicekup di rumahnya di Nilam Puri di sini kira-kira pukul 6.30 petang.

Menurutnya, suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506/ 279 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 kanun sama.

“Berdasarkan pemeriksaan, suspek mempunyai tujuh rekod jenayah dengan enam daripadanya kes dadah dan satu kes curi.

“Ujian air kencing mendapati, suspek bebas pengambilan bahan terlarang semasa ditahan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan, polis sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai memecahkan cermin kereta dan mengugut seorang wanita dalam kejadian di simpang empat Limbat di sini pada Khamis lalu.

Polis sudah mengenal pasti suspek, namun serbuan di rumahnya di Nilam Puri pukul 2.30 pagi kelmarin mendapati suspek telah menghilangkan diri.

Mengikut keterangan mangsa, dia yang memandu kereta Perodua Axia dihimpit kereta Toyota Vios yang dipandu seorang lelaki pukul 5.45 petang.

Lelaki itu menghalang laluan mangsa dan berhenti di tengah jalan. Dia kemudiannya menghampiri kereta mangsa dan memecahkan cermin kereta selain mengugut mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI