fbpx
BAYERN merangkul Piala Super Jerman selepas membenam cabaran Leipzig pada aksi awal pagi semalam. – AFP

Bayern Munich rangkul trofi Piala Super Jerman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LEIPZIG – Ketua Jurulatih Ba­yern Munich, Julian Nagelsmann mengakui ketiadaan Robert Lewandowski tidak lagi dirasai dan menganggap Jamal Musiala dan Sadio Mane sebagai permata baharu selepas menewaskan Red Bull Leipzig 5-3 pada aksi Piala Super Jerman awal pagi semalam.

Pada aksi tersebut, Bayern tidak mempunyai masalah untuk menjulang trofi pembuka tirai itu hasil jaringan Musiala, Mane, Benjamin Pavard, Serge Gnabry dan Leroy Sane, manakala pasukan tuan rumah mendapatkan gol menerusi Marcel Halstenberg, Christopher Nkunku dan Dani Olmo.

Kata Nagelsmann, impak yang dipamerkan oleh Musiala dalam merencanakan jentera sera­ngan untuk memastikan pasukan mendahului 3-0 adalah sesuatu yang luar biasa dan berkelas dunia.

“Saya rasa Musiala akan menjadi tunjang pasukan pada kempen musim ini jika dia kekal konsisten. Tiada siapa boleh menafikan bakat yang ada padanya sangat hebat dan berkelas dunia.

“Pada usia 19 tahun, dia sudah mempamerkan kematangan melebihi umurnya ketika ini, tetapi prestasinya masih belum sempurna kerana ada lagi kelemahan yang perlu diperbaiki seperti aspek pertahanan,” katanya selepas tamat perlawanan.

Sementara itu, Nagelsmann turut memuji prestasi penyerang baharu pasukan, Sadio Mane yang dianggap sebagai salah seorang pemimpin dalam bilik persalinan dan dihormati oleh semua pemain muda.

“Kehadiran Mane memberikan nafas positif dalam pasukan kerana dia seorang pemain yang matang, tetapi dalam masa yang sama cukup merendah diri. Malah, prestasinya di atas padang tidak kurang hebatnya selepas menjaringkan satu gol buat pasukan,” katanya. – AGENSI

POPULAR