fbpx

Allahyarham Khalid Ibrahim disifatkan sebagai tegas, pentingkan masa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Balu Allayharham, Puan Seri Salbiah Tunut menyiram air mawar di pusara suaminya. /FOTO ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim disifatkan sebagai seorang yang mementingkan masa serta tegas dalam melakukan kerja-kerja pentadbiran negeri.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beliau pernah bekerja dibawah Allahyarham pada tahun 2013 sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Generasi, Muda, Sukan dan Modal Insan Selangor.

“Allahyarham sentiasa mahu setiap kerja yang dibuat mesti melalui proses yang betul.

“Setiap arahan yang diberikan Allahyarham kepada exco-exco negeri perlu laksanakan dengan betul,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Haris Kasim berkata, Allahyarham telah menukar sedikit sebanyak cara kerja dalam pentadbiran negeri mengikut cara syarikat korporat bekerja.

Menurutnya, Allahyarham berbuat demikian setelah melihat perlunya Selangor menjadi negeri maju kerana potensi yang dimiliki negeri ini.

“Saya banyak berurusan dengan Allahyarham ketika saya menjadi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) pada tahun 2011. Memang Allahyarham seorang yang profesional dan melakukan banyak kerja untuk membangunkan Selangor,” ujarnya.

Terdahulu, jenazah Allahyarham Abdul Khalid selamat dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam di sini kira-kira pukul 2.10 petang tadi.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke upacara tersebut dan turut dihadiri Amirudin, ahli keluarga dan kenalan Allahyarham.

Sebelum itu, Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Muhammad Farhan Wijaya mengimamkan solat jenazah Allahyarham dengan disertai kira-kira 100 orang awam di masjid tersebut. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI