fbpx

Fendy Bakry jadi ‘pak lawak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FENDY BAKRI

SUDAH hampir 10 tahun Fendy Bakry bertapak dalam industri seni hiburan tempatan sebagai pelakon.

Sepanjang bergelar anak seni, bekas peserta pertandingan Hero Remaja 2011/2012 itu sudah pun mewarnai kanvas layar lakon dengan deretan buah drama popular seperti Syurga Bukan Percuma, Mr. Grey, Besan Tiga Segi, Tak Sempurna Mencintaimu dan Hati Yang Dikhianati.

Dalam drama yang dilakonkannya, rata-rata Fendy akan membawakan watak lelaki serius atau adakalanya romantik, sesuai dengan genre drama yang dipersembahkan.

Namun, untuk pertama kalinya, Fendy atau nama lengkapnya Mohd Affandi Nor Bakri bakal tampil dengan sebuah drama terbaharu yang memerlukan transisi ketara. Dia juga harus mencabar diri melakonkan watak komedi yang begitu asing dengan dirinya.

Teruja, namun pada masa sama bimbang. Itu perasaan yang dapat disimpulkan oleh pelakon berusia 34 tahun itu apabila diberi peranan sebagai Kholid dalam drama Guard Komando siaran TV9.

Fendy mengakui wataknya sebagai Kholid dalam drama tersebut sangat mencabar kerana pertama kali memainkan karakter komedi sekali gus menguji sejauh mana bakatnya sebagai seorang pelakon.

Ramai tidak sedar Fendy merupakan seorang bekas peserta pencarian Hero Remaja seangkatan dengan Fattah Amin, Syafiq Kyle, Hafidz Roshdi, Saharul Ridzwan, Ben Amir dan Hafreez Adam.

“Bila ditawarkan watak untuk berlakon dalam drama komedi, saya jadi bimbang kerana terfikir sama ada saya mampu atau tidak untuk membuatkan penonton ketawa memandangkan ini kali pertama saya membawakan watak kelakar.

“Selepas berbincang dengan isteri, saya rasa ini peluang yang baik untuk saya mencuba sesuatu yang baharu. Sebelum ini saya sudah biasa dengan drama berkaitan kisah-kisah cinta.

“Jadi saya harap penonton dapat menilai sendiri bakat saya apabila membawakan watak dalam genre komedi,” katanya kepada Pose!

Ditemui sidang media virtual drama Guard Komando baru-baru ini, Fendy turut berkongsi keseronokan sepanjang terbabit dalam penggambaran drama yang turut dibintangi pelakon senior, Shamsul Ghau Ghau, Mark Adam dan Jiggy Masin itu.

“Saya seronok sepanjang terbabit dalam penggambaran drama Guard Komando ini kerana kami saling membantu, rapat dan umpama sebuah keluarga besar. Saya juga dapat membiasakan diri dengan pelakon-pelakon lain.

PADA 2018, Fendy dikatakan pernah menghidap sejenis penyakit misteri sehingga terpaksa berubat di kampung halamannya.

“Walaupun saya tiada asas berlawak dan dikata seorang yang serius, tapi saya tidak bersendiri apabila di set penggambaran.

“Saya mesti bergaul dengan semua pelakon lain dan kami dapat mewujudkan keserasian yang baik sebagai satu keluarga.

“Sampai sekarang pun, kami masih bertanya khabar,” kata pelakon yang pernah membawa pulang trofi Artis Baharu Lelaki Popular 2018 itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI