fbpx

Berang dipecat, pekerja guna jengkaut musnah bangunan binaan sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan senario jengkaut itu memusnahkan bangunan di marina. - dtapscott /Twitter

OTTAWA, KANADA – Seorang pekerja di Kanada bertindak menggunakan jengkaut untuk memusnahkan sebuah bangunan yang dibinanya kerana tidak berpuas hati akibat dipecat, lapor akhbar Mirror UK, semalam. 

Seorang penduduk merakam kejadian tersebut ketika jengkaut itu menghancurkan bangunan di tepi tasik Pride of Rosseau Marina di Ontario.

Bangunan lain dilaporkan turut terjejas dengan seorang penduduk tempatan berkata bahawa kerosakan itu menelan belanja berjuta-juta dolar untuk dibaiki.

Polis turut dikerah ke lokasi kejadian, di mana seorang lelaki berusia 59 tahun kemudian didakwa melakukan ‘perbuatan khianat bernilai AS$5,000 (RM22,252)’ berhubung kejadian itu.

Dia dijadualkan hadir di mahkamah pada tarikh yang bakal ditetapkan. 

Bangunan syarikat Pride Marine Group itu menawarkan perkhidmatan penyimpanan, perkhidmatan dan pembaikan bot. 

Ia berpusat di antara tiga tasik besar Muskoka termasuk Rosseau, Muskoka dan Joseph yang merupakan destinasi musim panas popular untuk golongan kaya.

“Seorang pekerja yang tidak berpuas hati kerana dipecat dari pangkalan kapal persiaran berhampiran rumah tasik kami memusnahkan seluruh kawasan itu menggunakan jengkaut.

“Lebih satu bangunan telah rosak dan kos pembaikan dijangka menelan berjuta-juta dolar,” kata pemilik marina SWS Muskoka, Geordie Newlands kepada akhbar Calgary Herald. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI