fbpx

Suspek tikam bekas kekasih serah diri selepas dipujuk keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

MELAKA – Suspek lelaki yang melarikan diri selepas dipercayai menikam bekas kekasihnya di Tun Sri Lanang di sini petang semalam menyerah diri kepada polis hari ini.

Lelaki berusia 22 tahun itu tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah pada pukul 2.30 petang.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, sejurus kejadian tikam itu sepasukan polis telah membuat serbuan ke rumah suspek.

Bagaimanapun, katanya, lelaki tersebut dipercayai telah meninggalkan Melaka, namun menyerah diri selepas dipujuk oleh ahli keluarganya.

“Ketika serbuan di rumahnya, kita merampas baju dipercayai dipakai suspek ketika kejadian dan memaklumkan kes tersebut kepada ahli keluarganya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan polis memburu seorang lelaki yang dipercayai menikam bekas kekasihnya dengan menggunakan sebilah pisau semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.20 petang itu, mangsa yang berusia 23 tahun mengalami kecederaan parah di tangan dan dikejarkan ke zon merah Hospital Melaka, manakala rakannya 25 tahun cedera di telinga.

Suspek dikatakan menyerang mangsa selepas berang wanita itu enggan keluar bersamanya selepas memutuskan hubungan cinta dua minggu lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI