fbpx

PM Sepanyol minta rakyat jangan pakai tali leher untuk jimat elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sanchez berkata beliau telah mengarahkan barisan menteri kabinetnya untuk tidak memakai tali leher dalam uniform kerja mereka. - Republic World

MADRID – Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez mencadangkan cara unik mengurangkan rasa rimas di musim panas iaitu dengan tidak memakai tali leher ke pejabat, lapor laman berita Gulf News, semalam.

Sanchez  yang melakukan perkara tersebut, mahu menteri dan pekerja pejabat mengikuti teladannya bagi membantu menjimatkan tenaga elektrik untuk menjana kipas angin dan alat pendingin hawa kerana kepanasan.

“Saya tidak memakai tali leher dan saya telah meminta menteri saya berbuat perkara sama,” kata Sanchez.

Beliau meminta syarikat-syarikat swasta  untuk membenarkan kakitangan bekerja tanpa kewajipan memakai tali leher supaya mereka juga boleh menyumbang untuk menjimatkan elektrik.

Bermula 1 Ogos ini, kerajaan Sanchez akan meluluskan program kecekapan dan penjimatan tenaga, menyertai negara Eropah lain yang melaksanakan langkah serupa. 

Beliau tidak menyatakan bagaimana langkah itu  boleh membantu menjimatkan tenaga tetapi Kementerian Peralihan Alam Sekitar yang menyelia dasar tenaga, sudah pun menetapkan penghawa dinginnya  pada suhu 27 darjah Celsius iaitu lebih panas daripada biasa sebagai  langkah untuk mengurangkan penggunaan elektrik.

Harga tenaga di Sepanyol telah melonjak dalam tempoh  beberapa bulan kebelakangan ini akibat perang di Ukraine.  – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI