fbpx

Pink Racing intai aksi Kejuaraan One Prix Indonesia – Nur Atikah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN Tobaki Pink Racing dilaporkan sedang mengintai peluang untuk mengembangkan jenama dengan menyertai Kejuaraan One Prix Indonesia.

PASUKAN Tobaki Pink Racing dilaporkan sedang mengintai peluang untuk mengembangkan jenama pasukan itu di luar negara dengan menyertai Kejuaraan One Prix Indonesia 2022.

Pemilik pasukan, Nur Atikah Azwar bagaimanapun menjelaskan, perbincangan itu masih berada di peringkat awal, namun beliau berharap dapat mencapai kata sepakat dalam masa terdekat.

Selain mengintai peluang menyertai perlumbaan, beliau turut menyifatkan sebagai medan terbaik buat Pink Racing berkongsi kemahiran teknikal selain membuka ruang Tobaki memasuki pasaran Indonesia.

“Saya sekarang berada di Indonesia dan memantau perlumbaan-perlumbaan yang ada di sini. Memang ada berjumpa dengan penganjur One Prix berhubung menyertai perlumbaan tetapi ia masih dalam perbincangan.

“Kebetulan di sini ada perlumbaan khusus untuk wanita, jadi kita sudah bertanya sama ada boleh atau tidak pasukan dari Malaysia turut serta. Perbincangan belum capai kata putus tetapi harap ia boleh dilakukan secepat mungkin,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

ATIKAH (empat dari kiri) berada di Indonesia dan menyaksikan sendiri perlumbaan Kejuaraan One Prix Indonesia 2022 di Litar Bukit Peusar, Tasikmalaya, Jawa Barat.

Pada masa sama, Atikah yang mesra disapa Ika percaya, pelumba-pelumba pasukan Pink Racing memiliki kemampuan untuk memberikan saingan sekiranya dapat menyertai perlumbaan One Prix itu.

Bagaimanapun, beliau mene­gaskan, Pink Racing tidak akan membawa keseluruhan pasukan ke perlumbaan itu, sebaliknya hanya mahu memberikan tumpuan terhadap kategori wanita dan expert.

“Memandangkan saingan One Prix lebih kurang sama dengan perlumbaan Cub Prix di Malaysia, jadi saya yakin pelumba-pelumba Pink Racing boleh ber­saing serta menimba lebih banyak ilmu perlumbaan.

“Jika diberi kesempatan untuk menyertai One Prix, kita mahu menyertai kategori wanita dan expert. Sekiranya ada penaja yang nak ikut ke Indonesia, ia sangat dialu-alukan,” ujarnya.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI