fbpx

Nora Danish nak belajar silat sebab Mat Kilau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORA DANISH

PETALING JAYA – Disebabkan kehebatan impak filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, pelakon jelita Nora Danish, meluahkan hasrat ingin mempelajari seni mempertahankan diri silat.

Nora atau nama sebenarnya, Nora Mohd. Danish Hanif berkata, kualiti lakonan pelakon terlibat termasuk kehalusan seni persilatan dicernakan mereka dalam filem arahan Syamsul Yusof sungguh memukau.

“Selepas tengok Mat Kilau rasa nak belajar silat pun ada. Sangat cantik bunga dan langkah para pemain, hebat semuanya.

“Tangan saya basah tau tengok cerita ini. Sangat-sangat mencemaskan. Tak senang duduk dibuatnya. Macam tengok WWF (perlawanan gusti) pun ada. Setiap kali tumbukan dan sepakan mengena, kita pun jerit ‘yeay’,” kata Nora, 40, menerusi Instastory.

Pelakon yang cukup dikenali menerusi siri komedi Puteri itu turut memuji hasil kerja Syamsul Yusof sebagai pengarah filem pecah panggung tersebut.

“Pengarah pandai ambil ‘angle’ mencantikkan semua segi. Nampak sangat kemas. Goosebumps (merinding) setiap kali hero-hero kita muncul. Syabas buat semua orang terlibat dalam filem ini.

“Cuma tak puas hati kenapa Wahid (lakonan Beto Kusyairy) tumpas. Saya nak mengakui yang saya menangis apabila babak Awang (Fattah Amin) insaf dan pemilihan Mat Kilau (Datuk Adi Putra) memang tepat,” ujar isteri kepada usahawan, Mohamad Nedim Nazri itu.

Untuk rekod, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan terbitan Studio Kembara sudah mencipta rekod sebagai filem paling laris dalam sejarah perfileman tempatan iaitu dengan kutipan mencecah RM90 juta selepas 33 hari tayangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI