fbpx

Brunei ikut Malaysia, ‘haramkan’ tayangan Thor: Love and Thunder

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syarikat hiburan dan pengedaran filem, One Cineplex Brunei membuat pengumuman 'pengharaman' tayangan Thor: Love and Thunder di negara berkenaan hari ini.

PETALING JAYA – Brunei mengikut jejak langkah Malaysia apabila mengesahkan ‘pengharaman’ tayangan filem sensasi Marvel, Thor: Love and Thunder di pawagam negara berkenaan.

Perkara tersebut dimaklumkan syarikat hiburan dan pengedaran filem di negara itu, One Cineplex Brunei.

“Tiada ‘love and thunder’ di sini (Brunei) hanya hati-hati yang kecewa.

“Disney tidak akan menayangkan Thor: Love and Thunder di Brunei dan Malaysia. Kami mohon maaf kerana membuatkan kalian ternanti-nanti namun pada hujungnya terpaksa membuatkan semua kecewa lagi,” ujar syarikat tersebut menerusi satu hantaran dalam Facebook rasmi.

Terdahulu, syarikat gergasi pawagam tanah air, GSC mengumumkan bahawa filem lakonan Chris Hemsworth dan Christian Bale tidak akan ditayangkan di pawagam Malaysia sekali gus membuatkan ramai peminat filem Marvel negara ini terus kecewa.

Keputusan tersebut diputuskan selepas filem arahan Taika Waititi itu sepatutnya ditayangkan pada 7 Julai 2022 tetapi telah ditangguhkan kepada tarikh baharu iaitu pada 21 Julai 2022.

Tidak lama selepas itu, GSC sekali lagi mengumumkan bahawa status tarikh tayangan masih lagi belum ditetapkan atau To Be Announced (TBA).

Difahamkan, penayangan filem ke-29 Marvel Cinematic Universe (MCU) di negara ini terpaksa disekat disebabkan banyak babak yang dikatakan mempromosi dakyah golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta terdapat unsur komedi keterlaluan tidak bersesuaian dengan budaya masyarakat tempatan.

Selain Malaysia dan Brunei, negara-negara Arab seperti Bahrain dan Kuwait turut mengambil pendekatan sama menyekat penayangan filem berkenaan di pawagam negara masing-masing atas alasan sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI