fbpx

800 masjid, surau di Johor bakal dilengkapi Wi-fi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Onn Hafiz memakaikan songkok kepada Datuk Amir Danuri yang dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah 1444 Hijrah sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Johor di Pusat Islam Iskandar, Johor Bahru hari ini. - Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Dianggarkan lebih 800 masjid dan surau di negeri ini akan dilengkapi dengan kemudahan Wi-fi tidak lama lagi.

Menteri Besarnya, Datuk Onn Hafiz berkata, perkara itu sedang diperhalusi bagi melengkapi peranan dan fungsi rumah ibadat.

Beliau berkata, inisiatif itu bukan sahaja akan memberi nilai tambah, malah sebagai tarikan untuk mengimarahkan masjid dan surau di negeri ini.

“(Anak-anak muda khususnya) gunalah teknologi untuk mendapatkan ilmu yang bermanfaat. Kita hendak mengimarahkan masjid-masjid ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Maal Hijrah di Pusat Islam Iskandar, di sini hari ini.

Onn Hafiz memberitahu, pihaknya juga sedang memperhalusi agar pelajar tahfiz diwajibkan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) manakala pelajar sekolah agama khatam Al-Quran pada darjah enam.

Beliau menaruh harapan tinggi kepada pucuk pimpinan di Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) untuk sama-sama merapatkan saf membantu khususnya yang beragama Islam kerana kutipan zakat yang diperoleh setiap tahun adalah tinggi iaitu hampir RM300 juta.

Mengenai pemasangan kemudahan Wi-fi di kesemua masjid dan surau, Mohd. Fared berkata, pemasangan kemudahan itu melibatkan 580 Sekolah Agama Kerajaan Negeri di Johor. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI