fbpx

Tiga suspek seludup ganja guna laluan tikus diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketulan ganja mampat yang dirampas polis dalam serbuan di sebuah inap desa di Padang Besar pada semalam.

PADANG BESAR – Tindakan dua lelaki warga asing bekerjasama dengan seorang wanita menyeludup masuk ganja menerusi jalan tikus bagi mengelak dikesan pihak berkuasa gagal apabila mereka diberkas dalam serbuan di sebuah inap desa di sini semalam.

Mereka ditahan dalam serbuan Ops Tapis Khas Semalaysia di Kampung Kolam pada pukul 1 petang.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd. Shokri Abdullah berkata, dalam serbuan sama polis turut menemui ketulan mampat dadah jenis ganja seberat satu kilogram dianggarkan bernilai RM2,500.

“Siasatan awal polis mendapati dua lelaki terbabit membawa masuk dadah dari negara jiran dengan menyelinap menerusi laluan tikus di sempadan negara sehari sebelum serbuan.

“Mereka kemudian bermalam di sebuah inap desa yang didaftarkan menggunakan identiti wanita tempatan yang turut sama ditahan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata Mohd. Shokri, tiga suspek berusia lingkungan 25 hingga 28 tahun itu merupakan rakan yang bekerjasama dalam sindiket itu manakala dadah yang dirampas mampu menampung bekalan kepada 500 orang penagih dadah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI