fbpx

Kereta terbakar cubaan bunuh diri, bukan samun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis menjalankan siasatan berhubung penemuan sebuah kenderaan terbakar di kebun getah di Kampung Bukit Tempurung, Batu Kikir petang semalam. /FOTO IHSAN POLIS

JEMPOL – Kejadian tular di media sosial sejak tengah hari tadi yang mendakwa seorang lelaki disamun rupa-rupanya kejadian cubaan bunuh diri di kebun getah di Kampung Bukit Tempurung, Batu Kikir, di sini.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, pada pukul 7.03 petang semalam, polis telah menerima panggilan daripada orang awam mengenai satu kejadian kereta terbakar di lokasi.

Menurutnya, siasatan telah dijalankan di lokasi kejadian, namun mangsa atau mana-mana individu tidak ditemui di dalam kenderaan.

“Kira-kira pukul 8.30 pagi, anggota Balai Polis Batu Kikir telah menerima makluman daripada orang awam telah menjumpai mangsa dalam keadaan tidak berpakaian dan terdapat kesan cedera melecur pada bahagian badan, di tepi jalan di kawasan Kampung Bukit Tempurung.

“Mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah dan siasatan awal mendapati mangsa lelaki berumur 33 tahun mendakwa disamun dua lelaki yang tidak dikenali menggunakan motorsikal semasa berada di kawasan Juasseh, Kuala Pilah.

“Siasatan lanjut ke atas mangsa telah dibuat dan mengaku kejadian samun yang dilaporkan adalah tidak benar. Mangsa sendiri telah membakar kereta dengan cara memasukkan kertas surat khabar ke dalam lubang tangki,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Chang Hook berkata, mangsa pada masa itu berada di dalam kereta sehingga api marak sebelum mengambil keputusan untuk keluar dari kereta kerana tidak tahan panas.

“Siasatan polis juga mendapati punca kejadian ini berlaku kerana mangsa mengalami masalah emosi dan juga masalah keluarga,” katanya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI