fbpx

3,926 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kes baharu Covid-19 semalam mencatatkan sedikit penurunan kepada 3,926 kes dengan 23 kes import berbanding 4,503 kes kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan virus tersebut di Malaysia sebanyak 4,630,235 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, terdapat pertambahan sebanyak 380 kes aktif Covid-19 di Malaysia dengan jumlah kumulatif kes aktif kini mencecah 47,286 namun sebanyak 3,542 kes sembuh turut dilaporkan di seluruh negara.

“Selangor terus mencatatkan jumlah kes harian tertinggi semalam iaitu sebanyak 1,167 kes diikuti Kuala Lumpur (939), Perak (331), Sabah (249), Negeri Sembilan (244), Pulau Pinang (223), Melaka (152), Kedah (142), Johor (108) dan Putrajaya (92).

“Turut menyumbang kepada jumlah kes harian semalam adalah Sarawak (80), Pahang (71), Kelantan (61), Terengganu (32), Labuan (24) dan Perlis (12),” demikian data yang dikongsikan hari ini.

Menurut data tersebut, sebanyak lima kematian dilaporkan dengan satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) yang seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 35,946 dan BID 7,636.

Sebanyak 45,657 kes dikuarantin di rumah, 30 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,539 kes di hospital, 25 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 35 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI