fbpx
Modi bersama Aahana, anak anggota Parlimen yang menyangka beliau ialah seorang pembaca berita. - DNA

Selalu muncul di kaca televisyen, kanak-kanak sangka PM India pembaca berita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI – Seorang anak anggota Parlimen Parti Bharatiya Janata (BJP) India menjadi tular apabila menyangka Perdana Menteri, Narendra Modi ialah kakitangan sebuah stesen penyiaran, Lok Sabha TV, lapor laman Gulf News, semalam.

Anggota parlimen negeri Madhya Pradesh, Anil Firozia, membawa keluarganya bertemu Modi di Parlimen semalam.

Modi secara spontan bertanya kepada anak perempuan Anil yang berusia lapan tahun adakah kanak-kanak itu mengenali dirinya.

“Pastinya saya kenal anda. Saya selalu melihat anda di kaca televisyen.

“Anda bekerja untuk saluran Lok Sabha TV,” jawab kanak-kanak bernama Aahana itu.

Jawapan tersebut mengudang tawa besar dalam bilik pertemuan tersebut dan Modi memilih untuk tidak membetulkan jawapan Aahana.

Beliau sebaliknya hanya mengiakan jawapan berkenaan dan memberikan coklat sebagai hadiah. – Agensi

POPULAR