fbpx

Kalau Syamsul arahkan, saya terus terima – Adi Putra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adi tidak menolak tawaran bagi sekuel filem Mat Kilau 2 sekiranya Syamsul masih mengarahkan naskhah epik tersebut.

PETALING JAYA – Bintang utama filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Datuk Adi Putra mengakui perlu mempertimbangkan banyak perkara jika masih ditawarkan berlakon dalam sekuel kedua filem epik tersebut.

Adi berkata, wajar untuknya mempertimbangkan dan mengkaji pelbagai aspek sebelum memberikan sebarang kata putus.

“Kenyataan filem bakal disambung sudah dikeluarkan, tetapi saya belum dihubungi pihak penerbit. Jika ditawarkan, saya kena tahu bagaimana naskhah dan apakah Syamsul Yusof masih menjadi pengarah?

“Jika bukan Syamsul, siapa pengarah yang bakal menggantikannya? Maklumat ini perlu kerana saya sudah serasi bekerja dengan Syamsul sejak zaman filem KL Gangster lagi.

“Kalau pengarah lain, wajar untuk saya mempertimbangkan. Namun, jika Syamsul, saya akan terus terima,” katanya.

Adi ditemui pada majlis tayangan perdana dan sidang akhbar filem terbaharunya, Jerangkung Dalam Almari di Kota Damansara, di sini malam tadi.

Dalam pada itu, menurut Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 41, berkata persetujuan juga diambil kira kepada faktor kesihatan semasa dan kemampuannya untuk melakonkan babak aksi.

“Bukan faktor pengarah sahaja, saya kena lihat juga dari segi faktor usia. Walaupun cadangan membuat sambungan filem tahun ini, tetapi mungkin penggambarannya tahun depan atau entah bila.

“Kita tidak tahu bagaimana keadaan kesihatan pada ketika itu. Walaupun dibayar RM1 juta sekali pun, tetapi jika tak mampu dari segi kesihatan, susah juga.

“Untuk berlakon filem aksi, perlu daya ketahanan fizikal yang kuat. Faktor kesihatan diambil kira kerana tubuh saya ini nak pakai lama,” ujarnya.

Diminta mengulas mengenai kutipan jualan tiket filem Mat Kilau yang berjaya meraih RM90 juta selepas sebulan ditayangkan, lelaki kelahiran Kota Singa itu meluahkan rasa syukur dan berterima kasih atas sokongan banyak pihak.

“Saya rasa semua orang tengah sujud syukur sebab julung kali dalam sejarah mencecah kutipan RM90 juta. Saya yakin jumlah dan angka tersebut akan bertambah.

“Saya mendoakan semoga filem Mat Kilau mampu mencecah kutipan RM100 juta. Filem ini belum ditayangkan lagi di Indonesia dan perbincangan dengan Netflix untuk ditayangkan dalam platform tersebut pun sudah dijalankan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI