fbpx

Girls’ Generation yang dinanti-nantikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN Girls' Generation.

KUMPULAN fenomena Girls’ Generation bukanlah satu nama asing dalam industri hiburan Korea Selatan.

Perancangan kumpulan terbabit untuk membuat kemunculan semula selepas beberapa tahun berehat mendapat perhatian dan keterujaan daripada peminat.

Menurut sumber, semua anggota kumpulan itu semakin rancak membuat persediaan bagi mempromosikan album ketujuh mereka, Forever 1 pada 8 Ogos depan.

“Ini merupakan satu perkara yang paling dinantikan setelah kali terakhir melancarkan album sekitar lima tahun lalu, Holiday Night pada Ogos 2017.

“Sebanyak 10 buah lagu akan dimuatkan di dalam album itu nanti,” jelas wakil pengurusan mereka, SM Entertainment.

Girls’ Generation dianggotai Teayon, Tiffany, Hyoyeon, Sooyoung, Sunny, Yuri, YoonA dan Seohyun.

Antara lagu popular mereka termasuklah Gee, Tell Me Your Wish (Genie) dan Lion Heart.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI