fbpx

Empat usahawan kongsi pengalaman digital perniagaan menerusi ShopeeFood 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ShopeeFood. Gambar Hiasan

PETALING JAYA – Selepas hampir setahun platform e-dagang, Shopee menawarkan servis penghantaran makanan yang dikenali ShopeeFood kini ramai peniaga dan usahawan F&B (makanan dan minuman) mula bangkit.

Ini kerana semasa zaman pandemik Covid-19, ramai usahawan F&B sukar untuk meneruskan kelangsungan perniagaan sehingga ada yang terpaksa menutup perniagaan dek kerana kekurangan pelanggan.

Namun, selepas Shopee melancarkan perkhidmatan ShopeeFood, ramai antara mereka bangkit semula sehingga mampu menambah beberapa cawangan perniagaan dalam masa yang singkat.

Selain itu, pengenalan perkhidmatan bayaran tanpa tunai ShopeePay juga banyak membantu usahawan untuk memberikan perkhidmatan pembayaran yang lebih mudah kepada pelanggan.

Menurut usahawan F&B, Nelson Loh, 30, pemilik kafe 4 Beans di sekitar Johor, beliau memulakan perniagaan sejak awal pandemik Covid-19 melanda negara dan ketika itu pelbagai cabaran dan rintangan terpaksa dihadapinya.

Namun, atas usaha gigih dan kreativiti dalam menghasilkan taufufah yang terbaik kepada pelanggan sebagai pencuci mulut, perniagaan yang bermula dari sebuah stor kecil itu kini mampu berkembang sehingga mempunyai enam cawangan ketika ini.

 

Pemilik kafe 4 Beans, Nelson Loh

Selepas Covid-19 mula reda pula katanya, beliau terpaksa menghadapi cabaran lain iaitu dari segi kenaikan kos bahan mentah di pasaran sehingga memberi banyak tekanan kepada perniagaannya.

Namun, selepas dia mula menceburkan diri dalam perniagaan digital dibawah platform ShopeeFood dan ShopeePay, perniagaannya mula stabil dan kembali pulih dan pelanggan juga mula bertambah kerana mereka menyukai perkhidmatan yang ditawarkan itu.

“Selepas kami mendigitalkan perniagaan, pelanggan mula suka dengan perkhidmatan dan jualan yang kami tawarkan kerana semuanya secara dalam talian dan tanpa tunai.

Salah sebuah kafe milik 4Beans

“Disamping itu, mereka juga lebih suka berurusan secara terus ke rumah tanpa perlu ke kedai atau restoran dan pada masa sama platform ini juga menyediakan banyak ganjaran seperti baucar dan kupon yang boleh ditebus nilai.

“Kemudahan-kemudahan yang kami sediakan ini telah memberi banyak nilai tambahan dan kelebihan sebagai usahawan F&B dalam memastikan pelanggan sentiasa setia dengan kami,”ujarnya.

Justeru, Nelson menasihatkan peniaga di luar sana jika mahu berjaya dan maju dalam perniagaan mereka perlu beralih kepada keadah baharu iaitu pendigitalan agar ia selari dengan arus kemodenan semasa.

“Adalah penting untuk kita memenuhi keperluan pelanggan yang ingin memesan dan menikmati makanannya dengan selesa hanya dari rumah dan sekali gus ia juga akan mengekalkan perniagaan kita,”kata Nelson.

Pelbagai menu pencuci mulut yang boleh didapati di Kafe Pasta Ohsem

Sementara itu, Pengarah dan Ketua Chef Pasta Ohsem, Muhammad Ashraf Zulkifli, 36 berkata, dia mula beralih kepada perniagaan digital iaitu ShopeePay dan ShopeeFood pada tahun 2021 bagi memudahkan urusan perniagaan dan ingin melebarkan sayap perniagaannya.

Menurut anak jati Johor Bahru ini, perkembangan dunia digital ketika ini sungguh meluas sehingga sektor F&B turut menerima tempiasnya.

Oleh itu katanya, bagi memenuhi permintaan pelanggan dia nekad beralih kepada perniagaan digital kerana ketika ini ramai pelanggan lebih gemar menggunakan e-dompet berbanding bayaran tunai.

“Pada masa sama ia juga memudahkan kami berurusan dengan pelanggan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh platform ini juga mesra pelanggan,”ujar pengusaha restoran makan Thai, barat dan tempatan ini.

Antara menu yang terdapat di Kafe Pasta Ohsem

Mengulas lanjut Muhammad Ashraf berkata, hasil penerokaan bidang perniagaan baharu itu juga beliau kini boleh berbangga apabila memiliki kira-kira 11 cawangan perniagaan meliputi kawasan sekitar Kuantan, Pahang serta Lembah Klang.

Pada masa sama katanya, beliau yakin dengan platform tersebut, perniagaannya mampu meluaskan lagi sayapnya dengan perancangan untuk membuka kira-kira 11 lagi cawangan dalam masa terdekat yang akan tertumpu di sekitar Pantai Timur dan Lembah Klang.

 

Pengurus Pemasaran, Coox Cloud Kitchen, Nelson How

Dalam pada itu, bagi seorang lagi usahawan, Nelson How, 30, yang juga Pengurus Pemasaran Coox Cloud Kitchen berkata, pihaknya memilih untuk menggunakan perkhidmatan ShopeeFood dan ShopeePay kerana ia menawarkan kadar komisen yang lebih rendah berbanding dengan operator lain.

Selain itu katanya, perkhidmatan itu juga telah membina ekosistem yang kondusif dalam membantu usahawan F&B untuk mengembangkan perniagaan mereka sekali gus memberikan margin keuntungan yang lebih baik.

 

Keadaan di salah sebuah dapur di Coox Cloud Kitchen.

“ShopeePay menyediakan bukan sahaja kaedah pembayaran cekap, tetapi sistem pengumpulan ‘coins’ (mata ganjaran) yang membolehkan pelanggan mempunyai fleksibiliti untuk membelanjakan ‘coins’ mereka sekali gus memberikan nilai tambah kepada pengguna.

“Pada mulanya, mungkin sukar untuk mempelajari produk dan perkhidmatan baharu ini, tetapi selepas cuba dan melihat kemampuannya kami yakin perkhidmatan ini dapat membantu perniagaan kami pada masa hadapan,”ujarnya.

Pemilik Uncle Lim Delivery, Jeanne Tan Ji Jiun

Turut berkongsi pengalaman menggunakan kedua-dua perkhidmatan ini adalah Jeanne Tan Ji Jiun, 33, yang juga pemilik kepada Uncle Lim Delivery.

Menurut anak jati Johor Bahru ini, beliau memulakan perniagaan pada tahun 2018 menerusi perkhidmatan penghantaran secara dalam talian kepada pelanggan.

“Kami memilih untuk menyajikan makanan tempatan digabungkan dengan perkhidmatan penghantaran kerana ia membantu kami meluaskan pasaran dengan cara yang lebih berkesan.

Menu ayam penyet yang terdapat di Uncle Lim Delivery.

“Antara menu yang kami tawarkan adalah ayam penyet, ayam telur masin dan nasi ayam berkrim. Bagaimanapun kami berdepan dengan cabaran seperti kos pembungkusan dan kadar komisen yang tinggi sehingga meningkatkan kos kami.

“Susulan itu, kami nekad untuk mendigitalkan perniagaan dengan menggunakan aplikasi ShopeeFood selepas ia dilancarkan pada tahun lalu,”katanya.

Tambah Ji Jun, selepas melalui perniagaan secara digital, kini urusan perniagaannya bertambah lancar selepas dia tidak perlu lagi ulang alik ke bank untuk menguruskan transaksi tunai kerana ramai pelanggan telah menggunakan e-dompet.

“Pada masa sama, perkhidmatan yang ditawarkan itu juga diharap dapat menarik minat golongan muda untuk menjadi pelanggan tetap kepada perniagaan kami,”ujarnya.

Justeru, kepada orang ramai yang ingin mencuba menu empat usahawan ini, anda boleh memesannya dengan ShopeeFood sekarang dan istimewanya aplikasi ini menawarkan penghantaran percuma sepanjang hari serta diskaun Super Deals sehingga 50 peratus.

Perkhidmatan ShopeeFood kini boleh didapati di Lembah Klang, Johor Bahru, Pulau Pinang, Sabah serta yang terbaharu di Ipoh.

Untuk membuat pesanan menerusi ShopeeFood, pelanggan perlu memuat naik aplikasi berkenaan dan klik pada Ikon ShopeeFood, kemudian anda bole mencari dan memilih makanan dan seterusnya klik + pada makanan yang anda inginkan.

Setelah siap memilih, klik pada Checkout dan pastikan alamat dan nombor telefon anda adalah tepat. Seterusnya pilih jenis pembayaran yang anda inginkan dan klik ‘Place Order’.

Setelah selesai pembayaran, tunggu makanan sampai. Anda juga boleh melihat status penghantaran makanan sekiranya ‘rider’ sudah sampai ke restoren tersebut kemudian dihantar terus kepada alamat rumah anda.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI