fbpx

Elakkan makanan masin, minuman kafein dan produk tenusu ketika haid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Makanan masin, minuman kafein dan produk tenusu antara yang perlu dielakkan oleh wanita ketika sedang mengalami haid.

Menerusi perkongsian oleh pegawai perubatan swasta, Dr. Ahmad Samhan, makanan masin boleh menyebabkan hidrasi sekali gus air dalam badan menjadi kurang dan cepat letih.

“Selain itu, jangan ambil minuman berkafein kerana ia boleh mengakibatkan sakit pada payudara.

“Produk tenusu pula mempunyai asid aracidonik yang boleh menyebabkan kekejangan perut,” katanya dalam penerangan video di media sosial.

Beliau berkata, wanita yang sedang haid juga dilarang mencukur bulu kerana kadar estrogen sangat rendah sekali gus rasa sangat sensitif serta sakit pada kawasan dicukur.

“Jangan lambat tukar tuala wanita kerana jika lambat akan meningkatkan risiko jangkitan salur kencing,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI