fbpx

Campur tangan mengenai dana masjid punca pertelingkahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Pertelingkahan mengenai kedudukan dana masjid menjadi antara punca sesebuah masjid di negeri ini dijadikan masjid pengurusan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni berkata, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terpaksa campur tangan untuk mendamaikan dan meredakan keadaan bagi mengelakkan timbul fitnah.

“Masjid bila tiada duit, orang tak nak, bila banyak duit yang berebut. Apabila bertingkah akhirnya pejabat agama Islam terpaksa campur tangan.

“Namun tidak semuanya, sebaliknya berlaku kes by kes iaitu maknanya kita akan terima, teliti dan siasat semua aduan untuk diambil keputusan sama ada sesebuah masjid itu perlu dijadikan masjid pengurusan atau ditadbir kariah,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Syamsul Firdaus Mohamed Supri (PH- Taman Medan) berhubung dakwaan sesebuah masjid dijadikan masjid pengurusan kerana dananya tinggi.

Mohd. Zawawi yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Kandis memberitahu, tiada had tempoh masa sesuatu pengurusan masjid diserahkan semula kepada ahli kariah namun bergantung kepada situasi, keperluan dan keadaan semasa.

“Sekiranya ada keperluan serah kepada anak kariah, JAIS akan teliti semua aspek dan InsyaAllah akan dipertimbangkan. Namun, kita sekarang sedang menuju pengurusan masjid lebih kemas dan profesional,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan, ketika ini terdapat 41 buah masjid pengurusan dengan pecahannya kategorinya adalah masjid negeri (1), masjid daerah (9), masjid diraja (5) dan masjid naik taraf (26). -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI