fbpx

Pihak berkuasa Mexico rampas kokain 1.6 tan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail bertarikh 16 Januari 2018 menunjukkan askar marin Mexico mengawasi pembakaran lebih 400 kilogram kokain di bandar pelabuhan Veracruz. - AFP

BANDAR RAYA MEXICO – Pihak berkuasa Bandar Raya Mexico menyatakan bahawa mereka merampas 1.6 tan kokain yang dipercayai berasal dari Colombia kelmarin dan menyifatkannya sebagai penemuan dadah terbesar di ibu kota Mexico.

Polis menemui dadah itu disembunyikan di dalam beberapa kompartmen di dalam dua buah treler di sebuah lebuh raya, pinggir kota raya berkenaan, kata ketua keselamatan Bandar Raya Mexico, Omar Garcia Harfuch.

“Rampasan ini adalah yang terbesar di Bandar Raya Mexico,” katanya kepada pemberita.

Menurut siasatan awal, kargo tersebut tiba melalui jalan laut dari Colombia ke pelabuhan Mexico, Puerto Escondido yang menghadap Lautan Pasifik.

“Sesetengah kokain itu dipercayai untuk diagihkan di ibu negara Mexico, manakala sebahagian yang lain bagi pasaran Amerika Syarikat.

“Susulan rampasan itu, seramai empat suspek geng penjenayah turut diberkas,” kata Garcia Harfuch.

Menurutnya, rampasan itu dibuat semasa operasi besar-besaran kedua yang menyasarkan kartel dadah di Bandar Raya Mexico bulan ini.

Dua minggu lalu, polis menangkap seramai 14 suspek dan sejumlah senjata api serta dadah di selatan kota raya itu.

Kebanyakan mereka yang ditahan disyaki menjadi anggota kartel dadah Sinaloa. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI