fbpx

ADUN Tronoh tiba di Mahkamah Tinggi dengar keputusan kes rogol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Paul Yong tiba di Mahkamah Tinggi Ipoh bagi mendengar keputusan kes rogol pembantu rumah warga Indonesia hari ini. - FOTO: MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Bekas exco kerajaan negeri, Paul Yong Choo Kiong tiba di Mahkamah Tinggi di sini bagi mendengar keputusan kes rogol pembantu rumah warga Indonesia pada Julai 2019.

Beliau yang berpakaian sut hitam dan kemeja putih dilihat tiba pada pukul 9.12 pagi menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh itu tiba dengan diiringi beberapa pegawai dan penyokongnya sambil melambai tangan kepada petugas media sebelum masuk ke dalam mahkamah.

Choo Kiong dibicarakan bagi pertuduhan merogol seorang wanita di dalam sebuah bilik di tingkat atas sebuah rumah di Meru Desa Park, Bandar Meru Raya.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan antara pukul 8.15 hingga 9.15 malam, 7 Julai 2019.

Pertuduhan terhadap beliau dilakukan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI