fbpx

Elektrik terputus: lampu isyarat tidak berfungsi, DBKL kawal lalu lintas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengarahkan Petugas Warden Trafik mengawal dan mengawasi lalu lintas di jalan-jalan utama di ibu negara selepas lampu isyarat gagal berfungsi ekoran bekalan elektrik terputus sebentar tadi.

DBKL dalam satu kenyataan berkata, bekalan eletrik di beberapa kawasan di Lembah Klang dilaporkan terputus termasuk di ibu negara.

“Insiden ini menyebabkan lampu isyarat di sekitar ibu negara tidak berfungsi dan mengalami gangguan.

“Justeru itu, Petugas Warden Trafik telah diarahkan untuk mengawal dan mengawasi aliran trafik di jalan-jalan utama di ibu negara,” ujarnya ringkas di laman Facebook DBKL sebentar tadi.

Justeru itu, DBKL mengingatkan pengguna jalan raya agar berhati hati bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak dingini berlaku. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI