fbpx

Britain di ambang kemarau terburuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai berehat di sebuah persiaran di Blackpool, England pada 17 Julai lalu. – AFP

LONDON – Britain berada di ambang musim kemarau paling buruk sejak 1976 selepas beberapa bahagian  di negara itu menerima taburan hujan cuma tiga peratus daripada biasa,  lapor akhbar The Sun kelmarin.

Satu sidang tergempar oleh Kumpulan Kemarau Kebangsaan diadakan kelmarin dalam usaha untuk mengatasi krisis tersebut susulan sebilangan kawasan di Britain menerima hujan hanya 1.6 milimeter (mm)  pada bulan ini.

Krisis kemarau mungkin diisytiharkan dalam beberapa hari akan datang, dan berkemungkinan disusuli larangan tegas berkaitan penggunaan paip air di seluruh negara. Keadaan itu berlaku ketika Britain berdepan amaran suhu tinggi  melebihi 40 darjah Celsius yang berlarutan selama  beberapa minggu.

Di bawah peraturan baharu tersebut, orang ramai dilarang menggunakan paip air untuk aktiviti seperti menyiram taman, membasuh kereta dan mengisi kolam.

Mereka yang ingkar berdepan denda sehingga £1,000 (RM5,378).

Menurut sumber kerajaan, dari sudut cuaca panas dan taburan hujan, situasi semasa boleh dibandingkan dengan keadaan pada tahun 1976.

“Kita telah menyaksikan taburan hujan di bawah purata semasa musim sejuk dan bunga. Ia sangat kering dan panas ketika separuh pertama musim panas,” ujar sumber tersebut.

Setakat musim panas kali ini, Britain hanya menerima 55 mm taburan hujan, kurang separuh daripada purata yang diramal.

Tambah sumber berkenaan, kebanyakan bahagian di England telah bertukar status kepada Cuaca Kering Berpanjangan dan sekiranya keadaan itu berterusan, musim kemarau akan berlaku pada Ogos ini.

“Apabila Kumpulan Kemarau Kebangsaan membawa perkara ini ke mesyuarat, ia menunjukkan bahawa situasi terkini amat genting. Tekanan semakin memuncak,” ujarnya.

Musim panas di Britain pada 1976 merupakan antara rekod paling ekstrem pernah dicatatkan dengan suhu kekal di atas 32 darjah Celsius untuk 15 hari berturut-turut. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI