fbpx

Ryan Fahmi Bakery dilantik ikon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar salah satu video yang dikongsi RyanFahmiBakery di Instagram.

PETALING JAYA – Pempengaruh (influencer) yang sedang meningkat naik ketika ini, Ryan Fahmi Bakery telah dilantik sebagai ikon Bubblebee milik pelawak, Shuib Sepahtu.

Ryan Fahmi Bakery yang terkenal dengan video-video komedi pendek yang menceritakan perihal masa lampau seperti tingkah laku pelajar sekolah di TikTok.

Bukan itu sahaja, Ryan turut membawakan beberapa watak antaranya budak kecil muka berbedak serta kisah dirinya sendiri telah mendapat perhatian ramai.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad turut berkongsikan pengumuman lantikan ikon tersebut di Instagram miliknya hari ini dan bakal membuka satu lagi cawangan Bubblebee miliknya di Seri Iskandar, Perak pada 30 Julai nanti.

Rata-rata netizen juga turut mengucapkan tahniah kepada Ryan kerana usahanya selama ini dalam menghiburkan rakyat Malaysia berjaya membuka mata orang ramai.

“Tahniah Ryan, awak sudah lalui pelbagai halangan dan cubaan selama ini. Pernah hilang kerja dan melakukan apa sahaja demi kelangsungan hidup.

“Jadikan ini sebagai permulaan awak untuk terus berjaya di masa hadapan,” jelas Zura Fezura.

“Lawak betul kalau tengok video-video si Ryan ini, mengingatkan kita masa kita kecil dan sekolah dulu, tahniah akak ucapkan kepada Ryan,” jelas Kartini Anuar.

“Buat lagi content-content lawak membina Ryan, aku sokong kau,” kata Nik Furhh. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI