fbpx
MIOR Faridalathrash (dua dari kanan) beramah mesra dengan seorang pelajar sekolah menengah pada program High Profile Policing (HPP) Ketua Polis Perak di Pulau Pangkor, Lumut hari ini.

Siasatan kes rogol remaja 16 tahun selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT – Polis telah melengkapkan siasatan berhubung kejadian rogol membabitkan remaja perempuan berusia 16 tahun dipercayai melibatkan enam individu minggu lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kertas siasatan kes itu juga telah diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk arahan dan tindakan selanjutnya.

“Kertas siasatan kes itu dirujuk kepada TPR hari ini untuk tindakan, sebarang perkembangan lanjut akan saya maklumkan kemudian,” katanya kepada pemberita selepas program High Profile Policing (HPP) Ketua Polis Perak di Pulau Pangkor di sini hari ini.

Menerusi laporan media Jumaat lalu, enam lelaki berusia 16 hingga 21 tahun ditahan di sekitar Ipoh susulan laporan polis dibuat ibu mangsa pada Isnin.

Mangsa berusia 16 tahun itu ditemui ibunya dalam keadaan khayal di sebuah rumah flat di Panorama Lapangan Perdana dekat sini.

Berdasarkan siasatan awal, mangsa berkenalan dengan seorang daripada suspek dan dibawa ke sebuah hotel di Pekan Baru sebelum ditinggalkan di rumah tersebut.

Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. – KOSMO! ONLINE

POPULAR