fbpx

Kebajikan kakitangan LTAT tetap dijaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangunan LTAT di Jalan Bukit Bintang.

PETALING JAYA – Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) sentiasa menjadikan kebajikan staf sebagai keutamaan meskipun berdepan persekitaran ekonomi yang mencabar sejak negara dilanda pandemik Covid-19 dua tahun lalu.

LTAT dalam kenyataan berkata, pemakluman itu dibuat berikutan dakwaan Kesatuan Kakitangan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (KKLTAT) bahawa pihak pengurusan LTAT tidak mengendahkan kebajikan pekerja.

Menurutnya, dakwaan tersebut dibuat ketika KKLTAT mengadakan piket selama sejam mulai pukul 1 tengah hari hingga 2 petang tadi di kawasan Bangunan LTAT, Kuala Lumpur hari ini.

“Beberapa sesi perbincangan kepada KKLTAT termasuk Mesyuarat Bersama Jabatan (MBJ) telah dianjurkan bagi membincangkan tuntutan terbabit supaya gaji kakitangan diselaraskan kepada 15 peratus dan dibayar secara tunggakan ke tahun 2020.

“Tuntutan ini sememangnya dalam proses pelaksanaan dan akan diselaraskan bukan secara pukul rata sepertimana amalan sebelum ini, tetapi secara individu mengikut pemetaan gaji yang wajar,” katanya.

Jelasnya, sehubungan itu, sebahagian kakitangan yang berada di bawah P50 (tanda aras gaji pasaran) bakal menikmati penyelarasan gaji sehingga 36 peratus selain daripada bayaran sara hidup sebanyak RM5,200 setiap seorang.

Bagaimanapun, katanya, pihak pengurusan LTAT berasa kesal dengan keputusan KKLTAT untuk meneruskan piket walaupun pelan penyelarasan gaji dan bayaran sara hidup telah dimaklumkan lebih awal.

Tambahnya, LTAT juga menekankan bahawa tiada staf yang hilang pekerjaan serta tiada pengurangan gaji asas mahupun elaun bulanan sepanjang tempoh pandemik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI