fbpx
Keadaan kemalangan yang nyaris meragut nyawa seorang warga emas di Kampung Ulu Pulai, Pontian, Johor hari ini.

Nyaris maut kereta bertembung, diseret treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN – Berpantang maut sebelum ajal, itulah situasi cemas yang dilalui seorang warga emas apabila kereta Toyota Camry yang dipandunya bertembung sebelum diseret sebuah treler dalam kejadian di Kampung Ulu Pulai, di sini tengah hari tadi.

Dalam kejadian pada pukul 11.3 pagi itu, mangsa, Wang Ah Fook, 66, bagaimanapun terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan luka tangan dan bahagian kening.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, semasa kejadian, mangsa dalam perjalanan dari Pontian menuju ke Johor Bahru.

“Setiba di lokasi kejadian, tiba-tiba datang sebuah treler yang dipandu seorang pemuda berusia 28 tahun yang disyaki hilang kawalan lalu terbalik dan merempuh kereta dinaiki Ah Fook.

“Akibat pelanggaran itu, kereta mangsa terseret sejauh kira-kira 10 meter dan terperosok bawah treler berkenaan,”katanya ketika dihubungi di sini.

Mohammad Shofee berkata, pemandu treler warga tempatan itu turut mengalami kecederaan ringan luka di telinga serta dahi.

Tambah Mohammasd Shofee, punca kemalangan disebabkan pemandu treler tersebut hilang kawalan dan melanggar kereta yang datang dari arah bertentangan. – KOSMO! ONLINE

POPULAR